| S : Saya berminat untuk mengikuti kelas bahasa Arab secara on-line. Apa yang patut saya buat mula-mula sekali? |
|
Anda hanya perlu membuat pendaftaran secara on-line melalui borang on-line yang disediakan. Satu mesej email automatik yang mengandungi butiran ringkas anda dan
katalaluan akan dihantar ke alamat email yang anda masukkan semasa mengisi borang pendaftaran on-line. Dengan menggunakan ID Masuk dan katalaluan tersebut,
sila buat daftar masuk (login). Setelah membuat pendaftaran masuk, anda perlu membuat langganan modul-modul yang anda kehendaki. Borang langganan on-line
terdapat pada laman utama akaun anda. Setelah mengisi dan menghantar borang on-line tersebut, anda perlu membuat pembayaran penuh bagi jumlah langganan anda
dan hantarkan resit pembayaran kepada kami melalui faks atau email. Kami akan mengaktifkan akaun langganan anda dalam masa tiga (3) hari bekerja
(paling maksima).
|
| S : Berapakah harga untuk mengikuti kursus ini? |
| Anda boleh mendapatkan maklumat harga dengan terperinci dalam ruangan menu harga yang disediakan. |
| S : Bagaimanakah pembayaran boleh dibuat? |
|
Anda boleh membuat pembayaran dengan menggunakan kemudahan pindahan wang (amount transfer) on-line yang disediakan oleh mana-mana bank.
Untuk lebih memudahkan proses, anda boleh menggunakan perkhidmatan Maybank2u kerana ALIIF Sdn. Bhd. menggunakan akaun Maybank.
Pindahan akaun hendaklah dibuat ke akaun ALIIF Sdn. Bhd. (Maybank - 566010601282) untuk transaksi ini.
Jika anda menggunakan perkhidmatan ini untuk membuat pembayaran, jangan lupa untuk memasukkan alamat email
payment@bahasaarab.net semasa proses pemindahan wang.
Anda juga boleh memasukkan terus jumlah wang tersebut ke akaun ALIIF Sdn. Bhd. dengan menggunakan mana-mana mesin ATM. |


