1. Ciri-ciri pembelajaran dalam kelas.
BAnet dibangunkan dengan ciri-ciri yang ada pada pembelajaran bahasa dalam kelas seperti tutorial, suara sebutan, teks bertulis, soal-jawab dan lain-lain.
Menjadi satu kelebihan bagi BAnet, setiap tutorial, audio sebutan dan bacaan dan rakaman jawapan dapat diulang-ulang seberapa banyak yang dikehendaki oleh pengguna.
Ia juga dapat diakses pada bila-bila masa sepanjang hari mengikut kesesuaian masa dan situasi pengguna. Tidak ada istilah ketinggalan kelas jika tidak
berkesempatan untuk menggunakannya pada masa-masa tertentu kerana tajuk-tajuk yang lepas boleh diakses pada hari-hari berikutnya.
2. Medium penyampaian berbahasa Melayu.
Teks penyampaian dan tutorial dalam bahasa Melayu menjadikan kandungan yang ingin disampaikan lebih cepat difahami. Menggunakan medium bahasa Arab dalam
pembelajaran bahasa Arab adalah satu langkah yang baik, namun untuk tahap permulaan dan modul-modul tertentu ia mungkin kurang sesuai menggunakan medium berbahasa
Arab sebagai medium penyampaian.
3. Pembelajaran tajuk ke tajuk.
BAnet diprogramkan agar pembelajaran mesti bermula daripada awal hingga akhir, tajuk demi tajuk dan dari hari ke hari atau minggu ke minggu.
Ini bermaksud, pengguna tidak boleh mengakses ruangan tajuk yang bukan untuk waktunya. Sebagai contoh, jika minggu semasa ialah minggu ke-5,
ruangan untuk tajuk ke-6 dan seterusnya tidak dapat diakses oleh pengguna. Sebaliknya, pengguna hanya boleh mengakses ruangan untuk tajuk ke-5 dan ruangan untuk
tajuk-tajuk yang lepas.
Faktor utama BAnet diprogram sebegini ialah kerana mengambil kira pengguna-pengguna yang sibuk dan agak baru dengan bahasa Arab. Tempoh satu minggu untuk satu
tajuk adalah untuk memastikan pengguna betul-betul dapat menguasai pelajaran yang disampaikan. Pengguna mempunyai masa sepanjang seminggu untuk mempelajarinya mengikut
kesesuaian masa dan situasi pengguna.
4. Mengambil kira pengguna yang ingin lebih.
Modul Kosakata Arab mengfokuskan sepuluh kosakata utama untuk setiap tajuk dengan harapan pengguna dapat menguasai sejumlah 600 kosakata utama melalui enam siri / kumpulan
Modul Kosakata Arab. Jumlah ini sudah cukup boleh untuk digunakan dalam perbualan harian. Walaupun begitu, BAnet percaya ada dikalangan pengguna yang inginkan lebih
daripada itu. Justeru itu, BAnet menjadikan setiap kosakata yang terdapat pada contoh-contoh ayat yang digunakan dalam praktikal pelajaran sebagai kosakata
tambahan dengan rakaman audio sebutan bersama. Jika pengguna dapat menguasai semua kosakata tambahan selain daripada kosakata utama itu, ini bermaksud pengguna
memiliki perbendaharaan kata lebih daripada 3,000 kosakata.
5. Tab menu yang lebih mudah digunakan.
Kandungan yang disediakan untuk setiap siri adalah agak terperinci, termasuklah ilustrasi gambar, teks bertulis dan keterangan-keterangan lain seperti contoh
dialog, praktikal ungkapan dan lain-lain. Untuk mengatasi masalah kesesatan dalam membuat pautan-pautan ketika menggunakan program BAnet, maka BAnet telah
dibangunkan dengan tab-tab menu yang lebih ringkas dan mudah dicapai tanpa perlu berpindah laman, atau dengan kata lain, hanya kandungan sahaja yang bertukar.
Ini dapat dilihat, sebagai contohnya, dalam Modul Kosakata Arab yang perlu memberi keterangan dan tutorial bagi setiap daripada sepuluh kosakata utama.